Kiki nak share kan tip (mungkin berguna utk kita semua) utk mengurangkan panas deman (boleh diamalkan utk bayi & dewasa). Kita berusaha dan tawakal kepada Allah.
Actually Kiki dapat doa ni dari ustazah yang mengajar di sekolah dulu. Doa ni hendaklah dibaca dan dihembus pada air dan diminum atau kita boleh baca seberapa banyak kali seperti berzikir, tapi Kiki tak pernah amalkan pun sebelum ni. Tiap kali deman cuma cari Panadol.
Since jadi bonda ni Kiki rajin mencari alternatif/petua utk mengelak kebergantungan pada ubat semata-mata.
Masa geledah almari terjumpa balik buku nota tu (nasib still simpan) Kiki tulis ayat tu dlm tulisan rumi, so utk dptkan sebutan yg betul Kiki rujuk pada seorang teman (Ustaz Hafiz) details ayat ini. Sebagai tambahan Ustaz Hafiz juga menyarankan membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq.
Ada sekali tu baby Mikhael terkena demam masa umur baru 4bulan, tetiba terlintas nak mencuba. Alhamdulillah dgn izin Allah demamnya reda dgn cepat, kebiasaannya demam 2-3hari tanpa ubat (kami memang tak bagi ubat pada baby, cuma kerapkan penyusuan baby setiap kali demam)
Doa ni adalah doa Nabi Ibrahim semasa dibakar oleh Raja Namrud
Sini Kiki sharekan tatacaranya:
*Baca surah Al-Fatihah (40x jika tak mampu, baca cuma 7x jika masih tak mampu cukuplah dibaca 1x)
*Baca surah Al-Ikhlas
*Baca surah An-Nas
*Baca surah Al-Falaq
*Baca surah Al-Anbiya' ayat 69
berdoalah "Ya Allah kau berikanlah penyembuhan-Mu kepada (diriku/anakku/ibuku..etc), sesungguhnya tiada penyembuhan lain selain dari-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit"
Hembuskan pada air untuk dibuat mandi, jelum pada bayi dan minum.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua Ins Sha Allah
xoxo
love Kiki